Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 8 Oktober 2012

A Aida terima cadangan penyelesaian


KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit, A Aida yang sebelum ini memfailkan permohonan untuk bercerai dengan suami, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman,  memohon satu tarikh sebutan baru daripada Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam kerana pihaknya menerima cadangan penyelesaian daripada pihak suaminya semalam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Suffian Sulaiman  mengemukakan cadangan penyelesaian melalui peguam syarie Zulkifli Che Yong, semalam.

Disebabkan itu, kedudukan permohonan bercerai secara baik dikemukakannya 27 September lalu hanya diketahui minggu depan apabila Hakim Syarie, Ahmad Basyir Yaakub yang mendengar kes itu di kamarnya hari ini menetapkan 18 Oktober untuk sebutan semula kes. Bagaimanapun suaminya tidak hadir ke mahkamah semalam.

Aida memaklumkan, sekiranya pada tarikh itu ada penyelesaian secara baik pihaknya akan memohon untuk merekodkan perceraian dan penyelesaian.

“Bagaimanapun jika tiada penyelesaian saya akan mohon permohonan kebenaran bercerai secara baik ditarik balik, saya akan memfailkan permohonan membubarkan perkahwinan melalui fasakh,” katanya.

Sementara itu, Aida memaklumkan dia nekad untuk bercerai dan mahu urusan itu selesai segera bagi memberi fokus pada kerjaya seninya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular