Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 25 Julai 2013

300,000 anut Syiah


PUTRAJAYA - Dianggarkan terdapat 200,000 hingga 300,000 pengikut pertubuhan Syiah di Malaysia ketika ini dengan 65 peratus daripadanya beraliran Syiah Imamah atau Imam Dua Belas.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin berkata, pemerhatian pihaknya mendapati ada 250 akaun Facebook menyebarkan fahaman itu termasuk membabitkan anak muda Melayu. “Ada pihak daripada pertubuhan berkenaan mendakwa keahlian mereka mencecah sejuta orang, namun pada saya ia tidak benar dan hanya sekadar dakwaan agar masyarakat berpendapat mereka makin berpengaruh,” katanya kepada wartawan, di sini, semalam.

Kelmarin, KDN mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata ia diputuskan oleh Menteri Dalam Negeri berpandukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Zamihan berkata, pengikut pertubuhan itu mempunyai markaz di setiap negeri termasuklah di Kelantan, Perlis dan Johor. “Malah, di negeri tertentu ada banyak cawangan seperti Gombak, Klang dan Ulu Klang di Selangor, selain di Kedah dan Kuala Lumpur.

“Penyebaran ajaran ini sering juga dikaitkan dengan institusi pengajian tinggi (IPT) tertentu termasuk di IPT awam,” katanya.

Ditanya punca menyebabkan sesetengah orang Melayu mudah tertarik dengan Syiah, katanya kerana amalan agama dalam fahaman itu sangat mudah, seperti solat jamak (himpun) dan qasar (pendek) bagi fardu Zuhur dan Asar serta Maghrib dan Isyak.

“Sebagaimana yang kita tahu, mereka juga mengamalkan nikah mutaah, iaitu tanpa saksi dan wali. “Tempoh dipersetujui kedua-dua pihak (lelaki dan perempuan) dengan paling minimum 15 minit. Nikah ini tiada had bilangan isteri, malah boleh mencecah sampai 1,000 orang isteri.

 “Ketika berpuasa pula, pengikut ajaran ini boleh melakukan jimak dengan isteri dan ini berbeza dengan ajaran Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ). Mereka mengamalkan Islam secara jalan pintas,” katanya. Menurutnya, fahaman itu bahaya sekiranya tidak dibendung kerana banyak anasir yang bertentangan dengan ASWJ, sehingga sampai menghalalkan darah pengikut ASWJ kerana dikatakan sebagai sesat.

“Oleh itu, kita berharap pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Negeri dapat mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang diperuntukkan bagi membendung ajaran ini,” katanya.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular