Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 14 Julai 2013

Tiket bas ekspres balik raya ke Kelantan habis


KUALA LUMPUR - Warga kota yang ingin pulang ke Pantai Timur, terutamanya ke Kelantan kini perlu mencari alternatif lain apabila kebanyakan tiket bas ekspres ke destinasi berkenaan habis dijual walaupun Ramadan baru sahaja bermula.

Tinjauan Kosmo! ke Hentian Putra di sini semalam mendapati, kebanyakan tiket untuk perjalanan pulang berhari raya ke Kelantan dari 2 hingga 7 Ogos depan sudah habis dijual sejak 13 Julai lalu dan yang tinggal hanyalah tiket-tiket bas tambahan.

Kebanyakan penjual tiket yang ditemui mengakui tiket ke Kelantan laris umpama pisang goreng panas kerana habis terjual pada hari pertama dan kedua jualan dibuka.

Kakitangan syarikat bas Darul Naim Express Sdn. Bhd., Ahmad Affiq Abdul Halim, 22, berkata, tiket ke Kota Bharu dari Hentian Putra pada 1 hingga 7 Ogos telah habis sejak mula dijual tiga hari lalu.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular