Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Selasa, 30 Julai 2013

Video hina Islam di YouTube



LELAKI yang memakai baju Melayu dilihat melayan tiga ekor anjing sebelum membuka kuih dalam rakaman video yang dimuat naik menerusi YouTube.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah mengambil tindakan terhadap penyebaran satu lagi video yang dikatakan menghina Islam bertajuk 1 Hari Di Hari Raya yang disiarkan dalam laman YouTube.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, SKMM telah diarah menyegerakan siasatan terhadap pemilik video itu yang dianggap boleh mengganggu sensitiviti Islam.

"Saya menerima banyak pertanyaan mengenai hal ini walaupun SKMM belum menerima sebarang laporan mengenainya.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan SKMM mengambil tindakan untuk menyiasat video itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Video itu menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular