Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 5 Julai 2013

Idayu dijumpai selamat di Surabaya


NUR IDAYU

KUANTAN – Seorang suri rumah, Nur Idayu Abd. Aziz, 34, yang sebelum ini didakwa dilarikan oleh empat buruh warga Indonesia pada 22 Jun lalu ditemui dalam keadaan selamat di Surabaya, Indonesia awal pagi semalam.

Suami wanita berkenaan, Mohd. Riduan Abd. Razak, 34, berkata, penemuan tersebut dimaklumkan oleh rakan bapa mertuanya yang tinggal di Jawa Timur.

“Rakan bapa mertua saya, Pak Rahman di Jawa Timur menghubungi saya pada pukul 7.30 malam (kelmarin) dan memberitahu sudah menjumpai rumah lelaki yang melarikan Nur Idayu di Dusun Besuk.

“Pak Rahman meminta beberapa kawannya menunggu di rumah tersebut sehingga lelaki itu pulang dan menangkapnya pada pukul 9 malam,” katanya.

Ujar Mohd. Riduan, lelaki tersebut bagaimanapun meninggalkan Nur Idayu di rumah saudaranya di Pasuruan, Surabaya yang terletak kira-kira empat jam perjalanan darat dari rumah Pak Rahman.

Tambahnya, Pak Rahman kemudian bergegas ke Pasuruan dan menjumpai Nur Idayu dalam keadaan selamat selain dipercayai tidak dapat mengingati dengan baik berhubung kejadian dia dilarikan.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular