Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 17 Julai 2013

FAM gantung 17 pengadil

KUALA LUMPUR - PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) akhirnya membuat keputusan menggantung 17 pengadil perlawanan Liga Malaysia ekoran gagal mengadili perlawanan dengan baik musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Datuk Astaman Aziz berkata, tindakan tegas terhadap pegawai pertandingan berkenaan diambil berdasarkan penilaian daripada pegawai penilai pengadil perlawanan Liga Malaysia (Liga-M) sejak Januari hingga Jun lalu.

“Dalam 714 perlawanan musim ini, kami hanya menerima lima aduan rasmi daripada persatuan negeri. Daripada lima aduan itu, dua aduan dari Johor dan satu aduan masing-masing dari Perak, ATM dan Terengganu.

“Bagaimanapun hanya dua aduan saja mempunyai asas sehingga menyebabkan empat pegawai perlawanan digantung termasuk pegawai yang mengendalikan salah satu perlawanan membabitkan Johor Darul Takzim (JDT) serta perlawanan separuh akhir Piala FA, antara Terengganu dan Kelantan.

“Dan hasil siasatan dibuat, kami telah menggantung empat pengadil manakala 13 lagi digantung berdasarkan laporan pegawai penilai sejak Januari sehingga Jun lalu," kata Astaman semalam.

Sebelum ini , Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengakui kesal dengan mutu pengadilan Liga M yang dianggap berada pada tahap membimbangkan.

Selain PBNJ, Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) turut dilapor mengemukakan laporan rasmi mengenai mutu pengadilan kepada FAM.

Perak tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil selepas seri 1-1 dengan Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh pada 25 Jun lalu.

Terengganu pula mempertikaikan kredibiliti pengadil selepas melayangkan dua kad merah kepada Abdul Manaf Mamat dan Emmanuel Effa Owona pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu 28 Mei lalu.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai cadangan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) supaya pengadil turut mengisi borang pengisytiharan harta, Astaman berkata, beliau menyambut baik cadangan dan menegaskan bahawa tiada masalah untuk pengadil berbuat demikian.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular