Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 28 Julai 2013

Dipenjara 12 tahun rogol remaja

KOTA BHARU - Seorang mekanik dihukum penjara 12 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas tuduhan merogol remaja perempuan berusia 16 tahun pada awal Februari tahun lalu.

Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh Mohamad Arman Hairi Mat Hassan, 21 didapati bersalah.

Mohamad Arman Hairi didakwa merogol gadis berusia 16  tahun 5 bulan itu di sebuah rumah tanpa nombor di Badang, dekat sini.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan  yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri  Noor Hamizah Ghazali manakala tertuduh  diwakili peguam Mohd  Ilias Mohd Noor.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd Ilias memberitahu mahkamah tertuduh merupakan seorang pembaiki motosikal dan merupakan anak keenam daripada lapan beradik.

Noor Hamizah meminta mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh kerana kesalahan yang dilakukan serius  termasuk mengambil kira trauma yang dialami mangsa.

Azman bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman ke atas tertuduh ekoran pihak pembelaan memohon sedemikian bagi membuat rayuan di mahkamah tinggi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan perlu dijamin oleh ibunya.


PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular