Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 24 Julai 2013

Syiah di Selangor membimbangkan


SHAH ALAM – Ajaran Syiah di Selangor dikatakan agak membimbangkan memandangkan jumlah pengikut fahaman itu semakin ramai di negeri tersebut.

Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin berkata, ini kerana, Selangor merupakan lokasi yang menjadi pusat pertembungan dengan negeri lain dan turut menjadi tumpuan orang ramai mencari sumber pendapatan.

“Mereka datang dari pelbagai daerah, tapi cari sumber pendapatan di negeri ini. Setakat ini, perkembangan Syiah di Selangor masih terkawal. Pihak Penguatkuasaan, Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Jais sentiasa melakukan pemantauan berkaitan ajaran Syiah.

“Jais tidak mempunyai rekod yang tepat berkenaan bilangan ahli pengikut Syiah sekarang.

Bagaimanapun, menerusi beberapa siri tangkapan dilakukan, bilangan ahli Syiah dianggarkan kira-kira 300 orang,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan ajaran Syiah di Selangor.

Marzuki berkata, pada tahun ini, sebanyak lima aduan berhubung perkara itu direkodkan dan pihaknya juga berjaya mengenal pasti lokasi tersebut.

“Dalam serbuan terbaru, seramai 118 orang dipercayai ahli Syiah ditahan di UK Perdana, Ampang dan Bandar Sri Gombak, Batu Caves,” katanya.

Bagi mengatasi masalah itu, katanya, Jais mengambil beberapa pendekatan antaranya menerusi khutbah Jumaat berkaitan pengharaman ajaran Syiah dan memberi penerangan kepada semua pegawai masjid berhubung perkara itu.

“Bahagian R&D Jais turut memantau pergerakan dan tempat- tempat baru berkaitan Syiah dan pihak penguatkuasa akan mengambil tindakan sekiranya  terdapat sebarang aduan berkaitan Syiah.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular