Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 22 Julai 2010

10 warga Singapura selamat selepas bas terbalik

( Foto hiasan )



SEREMBAN: Sepuluh warga Singapura melalui pengalaman menakutkan apabila bas ekpres yang mereka naiki terbabas dan terbalik di KM286.5, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan rehat Nilai dalam kejadian 4 pagi tadi.

Jurucakap polis memberitahu Bernama kejadian dipercayai berpunca daripada tayar depan di sebelah kiri bas itu meletup menyebabkan ianya gagal dikawal dan terbabas ke dalam parit sebelum terbalik.

"Semua penumpang serta pemandu dan pemandu kedua selamat tetapi seorang penumpang mendapat keretakan tulang di tangan dan tujuh lagi terpaksa di hantar ke Hospital Tuanku Ja'afar selepas mendapat kecederaan ringan," katanya di tempat kejadian.
Seorang penumpang Robert Ng, 64, memberitahu Bernama mereka bertolak dari republik itu pada 10.30 malam tadi.

"Kami semua sedang tidur dan terjaga selepas bas bergegar kuat," katanya.

Seorang pengguna lebuh raya, Mior Hasan Abdul Razak berkata beliau sedang memandu kereta bersama seorang rakan menuju ke ibu negara apabila nahas itu berlaku.

"Saya terpaksa memecahkan cermin bas di hadapan pemandu kerana pintu keluar bas itu terhimpit ke tanah untuk membantu mengeluarkan penumpang yang terperangkap," katanya. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular