Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 23 Julai 2010

Ayah guna anak 5 tahun untuk mencuri ditahan polis




LUMUT 23 Julai – Polis menahan seorang lelaki yang menggunakan anaknya berusia lima tahun untuk melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Mohd. Jamil Osman berkata, lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di Pusat Makanan Sitiawan dekat sini awal pagi Isnin lalu selepas polis menerima laporan daripada beberapa orang mangsa.

"Lelaki itu menjadikan anaknya sebagai pembantu ketika dia melakukan aktiviti mencuri di premis perniagaan yang telah dikenal pasti.

“Suspek yang menunggu di luar premis terbabit sebelum itu memberikan anaknya wang tunai bernilai RM100 untuk berpura-pura membeli barang di premis perniagaan termasuk kedai makan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mangsa kemudiannya mencari wang baki dengan meninggalkan kaunter bayaran, ketika itu kanak-kanak itu akan menyelongkar laci di kaunter berkenaan dan melarikan kesemua wang tunai yang ada.

Beliau berkata, ketika menggeledah kereta suspek, polis menemui wang tunai berjumlah RM4,700, tiga keping kad pengenalan, lima buah telefon bimbit, beberapa keping kad bank dan sebungkus plastik mengandungi dadah dipercayai ganja.

"Siasatan awal mendapati, suspek terlibat dalam beberapa kes curi iaitu satu kes di Hilir Perak, empat kes di Manjung dan tiga kes di Perak Tengah,” katanya. – Bernama

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular