Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 26 Julai 2010

Datin janji buktikan tidak terbabit sindiket jual bayi

( Foto hiasan )



KUCHING: Isteri kepada ahli perniagaan bergelar Datuk hari ini berjanji bahawa beliau akan mendedahkan dengan bukti bahawa beliau tidak terbabit dalam sindiket penjualan bayi di sini.

Datin yang berusia 43 tahun itu adalah seorang daripada 17 individu yang ditahan reman polis bagi membantu siasatan kes mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

"Saya akan mendedahkan dari A sampai Z. Saya tidak terbabit dalam penjualan bayi," katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Padungan selepas menemani suami dan anak lelakinya untuk membuat laporan polis di sini.
Pada 12 Julai lalu, polis menahan seorang wanita Indonesia berusia 32 tahun yang dikatakan cuba menjual seorang bayi perempuan berusia 23 hari dengan harga RM10,000 kepada seorang anggota polis yang menyamar sebagai pembeli di Batu Kawa di sini.

Sejak itu, polis telah menahan 17 individu termasuk Datin dan suaminya yang juga seorang ahli peniagaan berusia 65 tahun.

Seramai 13 individu telah dibebaskan dengan jaminan polis setakat ini, termasuk Datin dan Datuk, saudara mara serta kawan pasangan itu.

Sementara itu, anak lelaki pasangan itu yang berusia 24 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Padungan kerana tidak puas hati gambar anak lelaki yang berusia tiga tahun diterbitkan dalam sebuah akhbar ketika anaknya masih dalam jagaan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Saya diberitahu adalah satu kesalahan menyiarkan gambar seorang kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak 2001.

"Saya ingin membuat aduan ini untuk siasatan tentang bagaimana dan mengapa gambar anak lelaki saya dibenarkan disiar dalam akhbar pada 16 Julai kerana ia melanggar Seksyen 15 (2) Akta Kanak-kanak 2001.

"Ini akan memberi kesan jangka panjang kepada kehidupan anak saya," katanya ketika ditemui pemberita.

Datuk kepada kanak-kanak berkenaan turut membuat laporan polis berhubung perkara sama berikutan lima kanak-kanak dalam jagaan beliau dan saudara maranya telah diterbitkan dalam akhbar sama. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular