Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 22 Julai 2010

Gadis ditemui dibunuh kejam, mangsa dirogol

( Foto hiasan )


KOTA BHARU 22 Julai - Polis Kelantan hari ini mengesahkan gadis yang dibunuh kejam dalam Sungai Bagan di sebuah ladang kelapa sawit di Pulai Chondong, Machang petang kelmarin, dirogol sebelum ditikam di bahagian dada kirinya.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini mengesahkan gadis tersebut telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam sungai terbabit.

"Hasil bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati, gadis tersebut mati kerana ditikam di bahagian dadanya dan sebelum itu, dia telah dirogol terlebih dahulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perbarisan dan makan tengahari sempena Lawatan Persaraannya bermula 12 Ogos hadapan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini, hari ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular