Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 22 Julai 2010

Pelajar Sekolah Di Sarawak Dapat Bantuan 1Malaysia



MIRI SARAWAK: Seramai 100 pelajar sekolah yang kurang bernasib baik, masing-masing 50 orang di kawasan penempatan di Long Banga dan Bekenu, hari ini menerima bantuan kewangan daripada 1Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sendiri menyampaikan bantuan bernilai RM450 bagi setiap pelajar sekolah rendah setahun dan RM600 bagi setiap pelajar sekolah menengah setahun, apabila beliau melawat kedua-dua kawasan penempatan itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, 1MDB berkata ia adalah kumpulan kedua pelajar yang mendapat manfaat daripada projek itu melalui program tanggungjawab sosial (CSR) yang mensasarkan pelajar sekolah menengah dan rendah di kawasan pedalaman Sarawak.
Kumpulan pertama penerima itu membabitkan 20 pelajar dari Kanowit yang menerima bantuan dari Perdana Menteri pada Februari tahun ini.

Najib yang juga pengerusi lembaga pemegang amanah 1MDB juga menyampaikan sumbangan syarikat sebanyak RM200,000 bagi membina dua unit "Rumah Arau" atau rumah kediaman sementara bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Tegageng di Subis dan SK Kuala Kebulu di Sebauh.

Konsep rumah itu menyediakan tempat tinggal sementara bagi ibu-ibu dan pelajar prasekolah yang tinggal agak jauh dari sekolah.

Rumah Arau seperti sebuah rumah panjang dengan "tanju" (beranda terbuka) dan "ruai" (ruang tamu bersama) dengan penghuni semua bilik boleh beristirehat bersama.
Penghuni kemudahan ini boleh menikmati bekalan elektrik 14 jam setiap hari selain sebuah bilik mandi dan tandas yang dikongsi bersama.

Dua rumah Arau yang pertama adalah bagi SK Nanga Encheremin di Kapit dan SK Lusong Laku di Belaga, yang telah disiapkan pada Jun tahun ini. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular