Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Julai 2010

Tengku Abdullah Dan Annuar Musa Dipilih Timbalan Presiden FAM



SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) -- Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah kembali ke pangkuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden bersama Tan Sri Annuar Musa, pada pemilihan barisan kepimpinan badan induk bolasepak negara bagi penggal 2010/2014.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengekalkan jawatan presiden yang disandang baginda sejak 1984, apabila menang tanpa bertanding selepas pencalonan ditutup 18 Julai lalu.

Pada pemilihan dalam kongres tahunan FAM kali ke-47 yang berlangsung di sebuah hotel di sini pada Sabtu, Tengku Abdullah mendapat 29 undi sementara Annuar mendapat 23 undi daripada 38 ahli majlis yang mengundi, mewakili 19 gabungan badan induk itu.

Penyandang jawatan sebelum ini, Khairy Jamaluddin tidak mempertahankan jawatannya sementara Datuk Seri Redzuan Sheikh Ahmad tewas dalam pemilihan.

Dua lagi calon bagi jawatan Timbalan Presiden tetapi tewas ialah Datuk Che Mat Jusoh dan Datuk Abdul Mokhtar Ahmad.

Pada sidang akhbar selepas kongres itu, Tengku Abdullah berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu bersama ayahandanya dan barisan kepimpinan baru mengenai misi dan visi FAM.

Beliau yang juga Presiden Persekutuan Hoki Malaysia berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk membahagikan masa di antara sukan hoki dan bolasepak.

"Bola sepak tetap di hati," katanya.

Tengku Mahkota Pahang itu sebelum ini pernah memegang jawatan berkenaan pada Februari 1992, namun melepaskannya pada bulan Mac tahun berikutnya.

Beliau bagaimanapun dipilih memegang jawatan itu semula pada Februari 1994 sebelum melepaskannya kembali pada Julai 2007.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular