Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Julai 2010

PDRM - Tiada kelibat kumpulan militan Sikh di Malaysia

( Foto hiasan - perbarisan anggota PDRM)


KUALA LUMPUR 29 Julai - Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menolak dakwaan wujudnya kegiatan satu kumpulan militan Sikh di Malaysia sehingga mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam negara ini.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan), Datuk Mohamad Fuzi Harun menjelaskan, hasil risikan pihaknya setakat ini menunjukkan tidak ada sebarang tanda berhubung kegiatan terbabit seperti yang didakwa polis Punjab menerusi satu laman blog.

"Meskipun tidak wujud, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap berwaspada dengan anasir-anasir berkenaan dan akan sentiasa memberi perhatian serta memantau semua gerakan militan, sama ada di dalam atau di luar negara.

"Polis tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan Malaysia sebagai pengkalan mereka," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Bernama semalam melaporkan, sekurang-kuranya empat ahli kumpulan militan Khalistan Liberation Force (KLF), bersembunyi di Malaysia dan telah mendirikan pengkalan di sini.

KLF dikatakan ialah kumpulan puak pemisah Sikh yang berjuang untuk menubuhkan sebuah negara merdeka di Punjab untuk kaum tersebut.

Mohamad Fuzi menegaskan, PDRM tidak akan bertolak-ansur dan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada sekiranya benar wujud gerakan militan Sikh itu yang boleh menjejaskan keadaan keselamatan di negara kita.

"PDRM sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk pihak berkuasa India sekiranya diperlukan bagi menangani gerakan militan berkenaan," jelas beliau.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular