Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 31 Julai 2010

Jual balik lesen sehingga RM30,000

SIKAP segelintir peniaga menjual lesen tapak bazar Ramadan yang diperoleh daripada pihak berkuasa tempatan kepada pihak ketiga tidak sepatutnya berlaku. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Mahu 'sewa' tapak bazar Ramadan? Jika ya, anda perlu menyediakan wang tunai sekurang-kurangnya RM5,000 hingga RM30,000 sebagai bayaran untuk mendapatkan satu tapak di sekitar Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India di sini tanpa perlu melalui proses undian.

Saban tahun, setiap kali musim Ramadan, pelbagai cerita tersebar mengenai tapak-tapak bazar dijual kepada pihak ketiga pada harga yang tinggi namun sukar dibuktikan.

Wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai peniaga berjaya membongkar penyelewengan itu dan bertemu dengan beberapa orang tengah yang menawarkan tapak bazar tersebut.

Malah Kosmo! Ahad berjaya mengesan lebih 10 tapak yang ingin dijual dan setiap satu, harganya berbeza mengikut lokasi dan keluasan.

"Pergi tengok dulu nombor tapak itu, kalau abang berkenan, datang jumpa saya.

"Saya selalu ada di sini jangan bimbang tapak masih banyak," kata ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Harun.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular