Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Julai 2010

KEJAM: Kumpulan Samseng Memukul Bayi Seusia 45 Hari

Roslan menunjukkan cermin kereta yang dipecahkan


SALAK TINGGI: Bersenjatakan pedang samurai, kayu dan besi, sekumpulan samseng menyerang sebuah rumah di Taman Cempaka di sini, Sabtu lalu.

Lebih kejam, penyerang terbabit turut memukul seorang bayi perempuan berusia 45 hari dalam dakapan ibunya yang berusaha menyelamatkan diri apabila menyedari rumah mereka diserang sekurang-kurangnya 30 samseng, menyebabkan bayi itu cedera di kepala.

Mangsa, Salamah Kadir, 50, berkata ketika kejadian dia dan dua anaknya sedang menonton televisyen sambil berbual-bual di ruang tamu rumah, manakala suaminya, Roslan Kanikan Abdullah, 53, berada di rumah anak sulungnya yang terletak selang beberapa rumah dari situ.

“Tiba-tiba saya terdengar derap tapak kaki dan bunyi bising dari luar rumah. Sejurus kemudian pintu rumah saya ditendang sebelum sekumpulan lelaki masuk ke dalam rumah lalu memukul dan membelasah kami dengan besi serta kayu tanpa belas kasihan.

“Anak perempuan saya, Roszaini yang mendodoikan anaknya cuba melarikan diri ke bahagian dapur, tapi dihalang kumpulan lelaki terbabit sebelum seorang daripada mereka menyiku bayi didukungnya.

“Kami yang ketakutan tidak mampu berbuat apa-apa kecuali melihat mereka memecahkan tingkap rumah dan merosakkan harta benda,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Salamah berkata, akibat kejadian kira-kira 11.15 malam Sabtu lalu, enam anggota keluarganya cedera.

Mereka yang cedera termasuk Salamah, suaminya, Roslan Kanikan dan tiga anaknya iaitu Roszairul, 28, Roslaili, 27, dan Roszainal, 21, serta cucunya, Dayang Nor Atikah Datu Razman, 45 hari.

Bagaimanapun, anak bongsu Salamah, Mohd Khairulnizam, 15, sempat lari menyelamatkan diri melalui pintu belakang bersama dua sepupunya, Mohd NorAkim Roszairul, 4, dan Mohd Nor Fitri Roszairul yang baru berusia satu tahun.

Kebanyakan mangsa mengalami lebam, luka dan bengkak di seluruh badan dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Serdang, manakala Roszainal mengalami kecederaan di lutut menyebabkan dia perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital sama, 4 Ogos ini.

Salamah berkata, selain menyerang ahli keluarganya, kumpulan samseng itu turut memusnahkan harta benda dengan memecahkan cermin kereta, tingkap dan pasu bunga, selain merosakkan tiga motosikal milik mangsa menyebabkan mereka kerugian lebih RM10,000.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular