Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Khamis, 22 Julai 2010

Malaysia Sah Beli Radar Pasif Vera-E

( Foto hiasan )


KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan hari ini telah mengesahkan pembelian dua unit radar pasif Vera-E, iaitu radar paling canggih buatan Republik Czech yang bernilai RM7.2 juta.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata pembelian alat itu adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan pengawasan ruang udara negara secara berlapis.

"Hasil daripada pembelian ini kita memperolehi pemindahan teknologi dalam sistem peperangan elektronik," katanya ketika ucapan penangguhan perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Negara di sini hari ini.
Dr Abdul Latiff juga memberitahu bahawa pembangunan peluru berpandu pintar pertama negara, Taming Sari, telah diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 di mana ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Peluru berpandu Taming Sari pernah dipertontonkan semasa perarakan kemerdekaan beberapa tahun lalu.

Selain itu, beliau berkata kerajaan mengadakan rundingan terus dengan syarikat pertahanan utama tempatan, Deftech Sdn Bhd, mengenai pemilikan 257 unit kereta perisai (APC) 8x8 AV8 kerana syarikat itu adalah satu-satunya syarikat tempatan yang terbukti mempunyai kepakaran dalam pembinaan kereta perisai.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular