Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 28 Julai 2010

Ratu ular pengsan semasa buat pertunjukan??

( Foto hiasan )



KOTA BAHARU - Gadis digelar "Ratu Ular" yang pengsan ketika mengadakan pertunjukan di Muzium Kelantan di sini, semalam menganggap insiden itu sebagai satu ujian untuk menghadapi cabaran lebih besar untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records tahun depan.

Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan, 24, berasal dari Sungai Petani, Kedah, berkata, kejadian itu berlaku kerana terlalu penat.

"Mungkin ramai yang menganggap saya pengsan kerana dipatuk ular...bukan, sebenarnya saya keletihan kerana seharian terpaksa berada dalam bilik dan berkurung dengan ular," katanya kepada Bernama, hari ini.

Puteri Nur Ariyani dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan diberi rawatan sebagai pesakit luar untuk meneruskan tugasnya tinggal bersama beratus ekor ular dalam kotak kaca berukuran 10 x 10 meter di muzium itu.

Pameran dan pertunjukan ular di muzium itu dianjurkan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan selama sebulan mulai 6 Julai lepas.

Pengarah Muzium Negeri, Fauzi Mat berkata, sehingga semalam, seramai 30,000 orang mengunjungi pameran itu sejak iannya dibuka kepada orang ramai.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular