Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Disember 2010

Jangan 'boo' pemain sendiri: Tengku Abdullah

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah


KUANTAN: Penyokong Malaysia diminta memberi sokongan padu dan tidak mengeji pasukan negara pada perlawanan akhir pertama Piala AFF-Suzuki 2010 antara Malaysia dengan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam esok.

"Soal menang bukan saya sahaja berharap, malah semua (rakyat Malaysia) mahukan kemenangan malam esok. Tetapi saya harap penyokong Malaysia berilah sokongan padu dan jangan `boo' pemain-pemain kita," titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Baginda yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bertitah penyokong pasukan negara perlu memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan sendiri dalam sebarang keadaan sekalipun.

Baginda turut mengingatkan pemain skuad negara agar tidak terlalu mengambil kira masalah kecederaan pasukan lawan, sebaliknya perlu mempamerkan corak permainan kemas untuk mencipta jaringan sebanyak yang boleh.

Ditanya mengenai persiapan dari aspek keselamatan perlawanan itu, Tengku Abdullah bertitah ia tidak perlu dirisaukan kerana Polis Diraja Malaysia akan menempatkan sejumlah anggota di stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Baginda turut bertitah walaupun kesihatan baginda masih belum pulih sepenuhnya akibat masalah tekanan darah tinggi yang baginda alami baru-baru ini, baginda akan turut bersama-sama penyokong bagi memberikan sokongan kepada skuad negara.

Baginda bertitah, baginda masih menerima rawatan dan dinasihatkan agar tidak bermain sebarang sukan dalam tempoh dua minggu lagi.

"Makan pun dah selera sikit, kita doa esok menang, mungkin tekanan darah akan turun," titah baginda.

Baginda dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan pada 17 Dis lepas sebelum dibenarkan pulang Selasa lalu.

Baginda hari ini meluangkan masa hampir sejam menziarahi sebuah keluarga yang tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran di Tanjung Api di sini semalam. -- BERNAMA

Sementara Utusan melaporkan: – Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana individu yang membawa barang larangan masuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil pada perlawanan akhir pusingan pertama Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia Ahad ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, antara barang larangan yang tidak dibenarkan adalah senjata api, bahan letupan, mercun, ais, topi keledar dan laser.

“Anggota polis akan membuat pemeriksaan di pintu-pintu masuk stadium bagi memastikan semua penyokong tidak membawa barang larangan.

“Mana-mana penyokong yang didapati membawa barang larangan yang memudaratkan seperti bahan letupan, bunga api dan senjata api akan dirampas serta ditahan bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Mohan Singh, pihaknya memberi jaminan keselamatan dan lalu lintas di kawasan stadium itu berada dalam keadaan terkawal.

Kata beliau, pihaknya telah membuat persiapan rapi dan mencukupi bagi memastikan perlawanan tersebut berjalan lancar termasuk membuat kawalan di laluan transit aliran ringan (LRT) di Bukit Jalil.

Beliau berkata, selain perlawanan itu terdapat dua lagi acara yang berlaku di stadium terbabit.

“Oleh yang demikian, kita meminta orang ramai agar datang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan teruk di kawasan stadium,” katanya.

Mohan Singh berharap agar kedua-dua penyokong tidak mencemarkan semangat kesukanan dengan mencetuskan pergaduhan di antara mereka.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular