Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 25 Disember 2010

WNI dihukum gantung sampai mati...



SHAH ALAM:---Seorang wanita warga Indonesia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah yang disembunyikan di dalam seluar dalamnya pada Mac tahun lalu.

Hakim Dr. Badariah Sahamid memerintahkan Nenggani Asmo, 47, menjalani hukuman mati selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Beliau dalam penghakimannya berkata, semasa disoal balas tertuduh gagal mengemukakan butiran terperinci mengenai lelaki Negro di Bangkok, Thailand yang didakwa memberikan dadah tersebut.

Katanya, beliau juga berpuas hati bahawa peniaga pakaian itu mempunyai pengetahuan serta pemilikan eksklusif ke atas dadah kerana ia disorok di dalam seluar dalam (girdle) yang dipakainya.

Nenggani didakwa mengedar 665.1 gram dadah campuran (616.5 gram heroin dan 48.6 gram monoacetylmorphines) di pintu pemeriksaan Link Bridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7 pagi, 17 Mac 2009.

Tertuduh yang ketika itu dalam perjalanan ke tempat kelahirannya, Yogyakarta dibicara mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yong Leon Shin manakala tertuduh diwakili peguam Salim Bashir.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular