Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 13 Februari 2011

Bahasa Melayu dianggap tidak 'cool'

Sebahagian remaja Singapura yang menghadiri Forum Bahasa Melayu di Perpustakaan Negara Woodlands.



SINGAPURA:-- MEREKA akui kurang berbahasa ibunda kerana menganggap ia tidak 'hip' dan 'cool' untuk digunakan dalam perbualan harian, tidak seperti bahasa Inggeris.

Penggunaan sebutan baku pula dianggap 'leceh' dan tidak membantu langsung dalam penguasaan bahasa Melayu itu sendiri.

Demikian antara pengakuan terus terang yang diketengahkan sekumpulan remaja Melayu yang mengikuti Forum Bahasa Melayu anjuran enam persatuan Bahasa Melayu institusi pengajian tinggi di sini, petang semalam.

Forum dua jam yang disokong Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) itu dihadiri sekitar 150 belia dari pelbagai universiti, maktab rendah dan politeknik di sini dan diadakan di Perpustakaan Negara Woodlands.

Ia dikendalikan oleh empat orang panelis termasuk Anggota Parlimen (AP) GRC Hong Kah, Encik Zaqy Mohamad, dan dua deejay radio Warna, Cik Zaza Majid dan Encik Dyn Nurahim

Menariknya, ramai di forum bertajuk 'Bahasa Melayu - Bahasa Jiwang?' itu menyatakan, dalam era globalisasi kini, mereka lebih terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris.

'Bukan kami tak mahu berbahasa Melayu, tapi kami tak biasa dan berasa kekok. Kami duduk sekelas dengan rakan-rakan daripada bangsa lain, jadi lebih banyak berbahasa Inggeris. Lagipun, semua subjek kecuali Bahasa Melayu diajar dalam bahasa Inggeris,' kata pelajar Maktab Rendah Innova, Munirah Jaafar, 18 tahun.

Seorang lagi peserta, Encik Mohamed Hafiz Mohd Ridwan, 26 tahun, mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU), pula mengongsi dapatan satu kajian yang dijalankan beliau tentang penggunaan bahasa Melayu di antara belia.

'Kebanyakan anak muda kini menganggap tiada hubungan antara bahasa ibunda dengan jati diri. Mereka berpendapat meskipun mereka lebih selesa berbahasa Inggeris, ia tidak bermakna mereka tidak bangga mereka berbangsa Melayu.

'Mereka menganggap bahasa ibunda sebagai bahasa sisipan bagi penggunaan peribadi dengan keluarga. Tapi bahasa Inggeris pula dianggap penting untuk memajukan diri,' ujarnya.

Selain di forum, perbincangan juga diadakan secara 'live' di laman Facebook, sebuah rangkaian sosial di Internet, kendalian MBMS.

Cik Nur Hakimah Ali, mahasiswa Universiti Malaya, 19 tahun, menulis: 'Bukan kerana bahasa Melayu dianggap bahasa jiwang, tapi kerana penguasaan bahasa Melayu yang rendah di kalangan belia hari ini. Mereka tidak nampak kepentingan memartabatkan bahasa ibunda sendiri. Amat menyedihkan.'

Merumuskan hasil forum itu, Encik Zaqy Mohamad berkata bahawa dalam era globalisasi kini, adalah penting bagi masyarakat Melayu fasih dalam kededua bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular