Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 5 Februari 2011

Delegasi Uitm sertai Program Nur Salam Brunei

Gambar ramai delegasi.



BANDAR SERI BEGAWAN:-- Delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang membuat penyelidikan lima hari Program Nur Salam, hari berlepas pulang ke Malaysia.

Program Nur Salam adalah program penyelidikan akademik yang dijalankan oleh 9 orang pelajar sarjana dari pelbagai latar belakang akademik dari Kolej Tun Hussein Onn, UTM, Skudai untuk mengkaji bagaimana Islam diamalkan sepenuhnya di Brunei Darussalam. Delegasi diketuai oleh Dr Norhalizan Mohd Noor, pensyarah kanan dari Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM

Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) adalah institusi pertama yang dikunjungi bagi membuat penyelidikan yang juga merupakan hos (tuan rumah) bagi delegasi UTM. Antara institusi lain yang dikunjungi dalam program ini adalah Universiti Brunei Darussalam (UBD), Jabatan Perancangan Kemajuan Ekonomi (JPKE) dan Biro Mencegah Rasuah (BMR).

Nurul Amirah binti Abdul Aziz, salah seorang mahasiswi yang menyertai delegasi tersebut semasa ditemu bual menyatakan rasa gembira kerana kesemua objektif kajian telah dicapai. Menurut beliau, ahli rombongan UTM sangat tertarik dengan sistem pendidikan negara ini yang menekankan pendidikan agama Islam bermula dari peringkat sekolah rendah lagi. Ini memainkan peranan yang besar dalam memupuk kesedaran tentang Islam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Ahli rombongan juga sangat kagum dengan konsep MIB dan pengajian MIB yang dijalankan di negara ini kerana ia banyak menyumbang kepada pembangunan sahsiah belia di negara ini.

Pada malam terakhir berada di negara ini, delegasi UTM telah membuat kunjungan terakhir ke UNISSA dan seterusnya sama-sama menghadiri "Majlis Pembukaan Berdikir Syarafil Anam Sempena Maulidur Rasul Sallallahu 'Alaihi Wasallam" di Surau UNISSA.

Pada majlis tersebut, ahli rombongan menyatakan rasa gembira dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada UNISSA kerana telah menjadi hos bagi program ini dan memberikan kerjasama yang baik dalam mengatur kunjungan ke institusi-institusi yang telah dilawati dan berharap hubungan baik yang terjalin di antara UNISSA dan UTM akan berterusan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular