Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 13 Februari 2011

Dua penerbangan MAS bawa pelajar Terengganu dari Jeddah




KUALA TERENGGANU: Seramai 316 pelajar Terengganu yang sedang menuntut di beberapa universiti di Mesir dijadual tiba di sini dari Jeddah, Arab Saudi pada petang esok.

Ketua Penolong Bahagian Tajaan Pelajar Yayasan Terengganu (YT) Mohd Razali Mahmud berkata, kumpulan pelajar itu dibawa pulang dengan dua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 178 orang adalah pelajar tajaan YT yang dijangka tiba pada jam 4 petang serta 8 malam.
"Sebelum ini melalui Ops Piramid, seramai 69 pelajar kita sampai ke tanah air sejak 8 Feb lepas dan dengan kepulangan kumpulan pelajar itu menjadikan jumlah keseluruhan pelajar YT yang dibawa pulang setakat ini ialah 247 orang," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, selain pelajar tajaan YT, penerbangan esok juga akan membawa pulang pelajar Terengganu di bawah tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Penolong Kanan Setiausaha MAIDAM, Ahmad Nordin Alias pula berkata, penerbangan MAS esok membawa pulang seramai 58 pelajar tajaan MAIDAM.

Katanya, sebelum ini seramai 107 pelajar tajaan MAIDAM selamat tiba di tanah air menerusi Ops Piramid.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar yang pulang dari Mesir itu pada petang Rabu ini di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini. - BERNAMA

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular