Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 23 Februari 2011

Iwan Raja Dangdut terima menantu

PASANGAN pengantin baru, Wan Syamira Putri Octavia dan Mohd. Izat Abdul Rahman diapit ibu dan bapa pengantin perempuan, Iwan dan Rosnah Mohd. Noor.



KUALA LUMPUR:--KOMPOSER, penerbit dan penyanyi yang cukup popular dengan lagu-lagu dangdut, Wan Syahman Wan Yunus, 48, (Iwan), bersyukur apabila anak kedua hasil perkahwinannya dengan aktres popular era 1980-an, Rosnah Mohd. Noor, selamat diijabkabulkan Sabtu lepas.

Majlis persandingan Wan Syamira Putri Octavia dengan jejaka pilihannya, Mohd. Izat Abdul Rahman pula diadakan di rumah Rosnah di Taman Putra Perdana, Puchong.

Iwan yang pernah berkahwin dengan Rosnah selama lapan tahun, dikurniakan tiga cahaya mata.

Yang sulung, Wan Ramadha, 22, kini masih menuntut di salah sebuah universiti di Australia, Wan Syamira Putri Octavia, 20, dan yang bongsu, Wan Shahira, 18.

Selepas bercerai dengan Rosnah, Iwan berkahwin buat kali kedua dengan Wan Rafidah Abu Bakar tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Iwan dan Rafidah sebaliknya mempunyai seorang anak angkat bernama Nursyafiqah Emisya yang kini berusia sembilan tahun.

Majlis persandingan Wan Syamira yang diadakan dalam suasana yang cukup meriah, turut dihadiri artis-artis senior seangkatan Iwan seperti Rohana Jalil, Nassier Wahab dan Siti Fairuz.

Iwan yang pernah diberi gelaran Raja Dangdut kerana di tangannya, lahir ratu dangdut, Amelina pada pertengahan tahun 1990, kelihatan begitu sibuk melayan tetamu yang hadir pada majlis persandingan anaknya.

Namun dalam kesibukan itu, dari raut wajahnya, Iwan nampak lega dan lapang kerana tanggung jawabnya sebagai seorang ayah kepada Wan Syamira bukan sahaja telah tertunai tetapi juga dapat diserahkan kepada menantunya.

“Tiada kata-kata yang dapat saya ucapkan selain daripada bersyukur ke hadrat Tuhan kerana puteri sulung saya ini telah selamat diijabkabulkan.

“Biarpun usia anak dan menantu saya sebaya dan masih muda namun itu bukan bermakna mereka tidak boleh melayari bahtera rumah tangga.

“Apabila saya mewalikan pernikahan anak saya semalam, dalam dada ini saya mendoakan agar dia bahagia dan selamat menjalani alam perkahwinan," katanya.

Pelantun lagu Yang Sedang-Sedang Saja memberitahu, majlis akad nikah anaknya diadakan di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur selepas Zuhur.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular