Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 9 Februari 2011

Khusrin angkat sumpah kerahsiaan minggu depan




SHAH ALAM: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi (gambar), akan mengangkat sumpah kerahsiaan di hadapan Menteri Besar, minggu depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut tarikh sebenar majlis itu dibuat, sebaliknya berkata beberapa perkara perlu dibincang terlebih dulu dengan Exco kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.

Katanya, ini kerana Mohd Khusrin tidak akan dibenarkan menghadiri mesyuarat tertentu walaupun sudah mengangkat sumpah kerahsiaan.

“Selepas ini mesyuarat Exco mungkin akan diadakan mengikut dua bahagian berbeza iaitu yang boleh dihadiri beliau (Mohd Khusrin) dan yang tidak boleh dan sekarang ini Exco kerajaan negeri sedang meneliti bahagian mana yang beliau boleh ada dan tidak boleh ada,” katanya.

Selepas lebih sebulan isu pelantikan SUK Selangor diperkatakan, Abdul Khalid akhirnya mengadakan pertemuan sulung dengan Mohd Khusrin di pejabat Menteri Besar di Tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Isnin lalu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular