Lelaki Indonesia (kiri) yang dikatakan sudah mansuh pas kerja selama 8 tahun dan kanan Wanita tempatan yang berkesedudukan dengan lelaki Indonesia itu sehingga melahirkan dua orang anak.
BANDAR SERI BEGAWAN:-- Bahagian Penguatkuasa Undang-undang hari ini menangkap seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai mansuh pas imigresen selama lapan tahun.
Tangkapan dibuat hasil pemantauan dan serbuan dilakukan oleh 8 pegawai Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Bandar Seri Begawan ke atas sebuah rumah di Perpindahan Negara Kampung Tungku. Semasa ditangkap, lelaki itu bersembunyi di sebalik almari di salah sebuah bilik tidur.
Dalam siasatan awal, lelaki itu mengaku pas imigresennya mansuh lebih kurang 8 tahun lalu. Setelah disoal siasat, dia mengaku tinggal bersekedudukan dengan seorang wanita tempatan, anak tuan punya rumah sehingga melahirkan dua orang anak (lelaki dan perempuan).
Lelaki dikenali sebagai Hadi itu ditangkap dan dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut sebelum dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan tinggal lebih masa. Manakala perempuan Brunei itu dikeluarkan surat panggilan sementara 2 keping surat beranak dibawa bagi siasatan lanjut.
Siasatan awal mendapati perempuan Brunei tersebut seorang ibu tunggal mengakui bahawa 2 orang anak tersebut adalah hasil hubungannya dengan lelaki berkenaan.
Kes berkenaan akan dirujuk ke Bahagian Penguatkuasa Agama bagi siasatan lanjut.