Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 Februari 2011

Minta maaf sebelum kemalangan maut




MERSING – Tiada siapa menyangka perbuatan ‘buang tabiat’ oleh seorang Penyelia Pemasaran Bahagian Korporat di sebuah Pertubuhan Peladang Kawasan Endau (PPKE) yang meminta maaf kepada semua rakannya rupa-rupanya mempunyai cerita di sebaliknya.

Pegawai itu, Hazwan Hadi Mohamad, 25, menemui ajal selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya terlibat dalam kemalangan pada pukul 6.45 pagi di Kilometer 11, Jalan Endau-Mersing semalam.

Difahamkan, anak bongsu daripada dua beradik itu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kampung Teriang Besar, di sini.

Mangsa yang baru dua hari bekerja di situ meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badan apabila kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam semak.

Menurut rakan karib mangsa, Asrol Ahmad, 25, kenderaan mangsa ditemui orang ramai yang melalui jalan tersebut kira-kira pukul 7.10 pagi sebelum memaklumkannya kepada polis.

Katanya, beberapa hari lalu, mangsa beria-ia ingin menemui rakan-rakannya untuk meminta maaf selain memberitahu dia tidak akan berjumpa lagi dengan mereka selepas ini.

“Tidak sangka kata-katanya itu memberi petunjuk yang arwah akan meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Dia tidak menunjukkan perubahan lain tetapi ada memberitahu kami yang dia sangat teruja kerana baru mendapat kerja,” cerita Pembantu Tadbir di salah sebuah sekolah rendah di daerah Mersing itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan, Mohd. Nor Rasid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat,” katanya.

Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Teriang.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular