Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 4 Februari 2011

Perintah Berkurung Dan Hak Pendaratan Sulitkan Operasi Pemindahan

Suasana di Mesir.


KUALA LUMPUR:--Misi 'Ops Piramid' untuk memindahkan lebih 11,000 rakyat Malaysia di Mesir berhadapan dengan kekangan perintah berkurung dan hak pendaratan di lapangan terbang terlibat.

Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata perintah berkurung yang sebelum ini bermula dari pukul 4 petang hingga 8 pagi keesokannya kini telah dipercepatkan kepada pukul 1 petang.

"Kita terpaksa bergerak cepat untuk memastikan ramai pelajar dan rakyat kita (Malaysia) dapat dipindahkan kerana waktu yang ada begitu terhad dan ketika itulah kita nak bawa semuanya ke lapangan terbang," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Jumaat.

Beliau berkata hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah juga agak sukar diperolehi akibat daripada keadaan tegang di Mesir.

Kohilan berkata operasi hari ini akan mula bergerak ke kawasan luar Kaherah antaranya ke Iskandariah, Mansura, Tanta, Zagazig serta daerah lain untuk memindahkan rakyat Malaysia.

"Di Kaherah, kita ada 5,700 orang tetapi di luar ibu negara kita ada kira-kira 4,000 orang, kita akan bergerak ke sana untuk memastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Sementara itu, Kohilan berkata suasana di sekitar kawasan berkumpul di Dewan Malaysia di Kaherah adalah tenang dan keluarga pelajar terbabit tidak perlu risau.

"Rusuhan cuma berlaku di jalan-jalan utama, berdekatan Istana Presiden, pejabat kerajaan yang lokasinya jauh dengan tempat operasi pemindahan berjalan," katanya.

Kohilan berkata sejak bermulanya 'Ops Piramid' semalam, kira-kira 760 rakyat Malaysia telah dibawa keluar dari Mesir.

Sejak 28 Jan lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Di KOTA KINABALU - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Seramai 3,600 rakyat Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah, Arab Saudi menjelang 12 malam ini (waktu Mesir) atau 6 pagi waktu Malaysia.

Pemindahan yang bermula sejak semalam itu melibatkan tiga pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia dan empat pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular