Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 12 Februari 2011

Tangguh dulu perjalanan pulang

KUMPULAN akhir pelajar Malaysia yang dibawa pulang menerusi Ops Piramid tiba di Pangkalan Udara Subang kelmarin.


MEMBAKUT - Rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir dinasihatkan supaya tidak pulang ke tanah air buat sementara waktu kerana keadaan di negara bergolak itu dipercayai akan beransur pulih berikutan peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak malam kelmarin.

Bagaimanapun, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kementeriannya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, akan sentiasa memantau keadaan di negara itu.

"Kita akan melihat dulu situasi sekarang sebelum membuat sebarang keputusan," katanya di sini semalam.

Mubarak akhirnya tunduk kepada revolusi rakyat Mesir yang membantah pemerintahannya sejak 30 tahun lalu dan mengumumkan peletakan jawatannya melalui Naib Presiden, Omar Suleiman yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen kira-kira tengah malam waktu Malaysia malam kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, kerajaan akan memberi kebenaran kepada semua pelajar yang telah selamat pulang ke tanah air untuk kembali ke Mesir setelah mendapat 'lampu hijau' daripada Kedutaan Malaysia di sana.

Katanya, biarpun keadaan di Mesir kembali tenang, ia bukan jaminan keselamatan.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular