Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 8 Ogos 2011

Di Istana pakai tanjak lebih sajak

Sekumpulan pelajar Madrasah Al-Irsyad diajar cara mengikat tanjak di Acara Seni Istana semalam.




SINGAPURA - TANJAK menggantikan songkok apabila pelajar madrasah, Ahmad Aimanuddin Aladdin, pertama kali menjejakkan kakinya di pekarangan Istana semalam.

Beliau ialah antara 11 pelajar Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah yang turut sama memeriahkan Acara Seni Istana sempena perayaan Hari Kebangsaan Singapura.

Acara anjuran Lembaga Warisan Nasional (NHB) yang memuatkan pelbagai kegiatan seni itu dijayakan bersama beberapa muzium, termasuk Taman Warisan Melayu (TWM), yang buat julung-julung kalinya turut serta dalam acara tahunan itu.

TWM memperkenalkan simbol- simbol tradisional Melayu berkaitan istiadat Istana, khususnya pakaian kepala seperti tanjak atau tengkolok.

Gerai TWM di pesta itu mendapat sambutan hangat pengunjung yang sanggup beratur walaupun di bawah hujan renyai-renyai untuk melihat cara tanjak itu diikat di kepala dan kemudian membawanya pulang sebagai cenderamata.

Pelajar menengah tiga Madrasah Al-Irsyad, Aimanuddin, 15 tahun, dan teman-teman sekolahnya juga tidak ketinggalan mempelajari cara mengikat tanjak menerusi satu bengkel khas semalam.

Ditemui di pekarangan Istana, Aimanuddin berkata beliau ghairah mempelajari kegunaan dan simbol tanjak.

'Apabila saya pusing ke kiri dan ke kanan, saya perhatikan ramai pengunjung tidak kira bangsa turut mengenakan tanjak dan saya rasa bangga kerana ia simbol budaya Melayu,' kata Aimanuddin.

Pelibatan TWM dalam acara itu merupakan sebahagian daripada inisiatif pusat tersebut untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat, kata Ketua Pendekatan TWM/NHB, Encik Eddy Noor Hassan.

'Kami bukan sahaja ingin menjemput masyarakat mengunjungi TWM, malah berusaha mendekatkan diri dengan masyarakat menerusi kegiatan sedemikian.

'Tujuan kami melibatkan diri dalam acara ini adalah menyemai kecintaan kepada warisan dan budaya. Tak kenal maka tak cinta,' ujar Encik Eddy.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular