Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Jangan melenting atas kepentingan politik

MB Selangor arah Exco 'tutup mulut'




KUALA LUMPUR - Semua pihak digesa untuk tidak saling tuduh-menuduh dan melenting atas kepentingan politik berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya, malam kelmarin.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, JAIS wajar dihormati dan diberi peluang untuk menyediakan laporan lengkap mengenai isu berkenaan.

''Sesuatu majlis atas nama program kebajikan wajar dipantau kerana di sebalik program tersebut, ada agenda halus untuk mengabui umat Melayu Islam yang daif melalui pelbagai bantuan.

''Aktiviti seumpama ini sudah lama dijalankan. Walaupun Malaysia ada kebebasan beragama, tetapi sebarang bentuk kegiatan keagamaan oleh agama-agama lain yang melibatkan umat Islam, mesti berhati-hati,'' katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Bahagian Penguatkuasaan JAIS dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima.

Ibrahim berkata, semua pihak juga digesa tidak menggunakan alasan kebebasan beragama untuk melakukan sesuatu kegiatan melibatkan umat Islam dengan alasan ia program bantuan kemiskinan.

''Ia boleh dibuat dengan cara lain seperti menyumbang kepada institusi-institusi yang sah. Oleh itu, JAIS jangan gentar menjalankan tugas dan Allah beserta orang yang benar,'' katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Khairudin Abas turut menggesa semua pihak untuk tidak membuat kesimpulan melulu berhubung tindakan JAIS itu.

''Serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus. Inilah yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak dalam berhadapan dengan apa jua pertikaian.

''Mengambil pendekatan popular apatah lagi kesimpulan yang sempit terutamanya dalam hal yang sangat rapuh seperti ini amat berlawanan dengan semangat kerukunan hidup kepelbagaian masyarakat,'' ujarnya.

Menurut beliau, setiap institusi penguat kuasa perlu dihormati selama mereka melaksanakan tugas berlandaskan undang-undang.

''Sebarang tekanan dan campur tangan di luar skop perundangan dibimbangi akan menjejaskan proses siasatan dan usaha-usaha mencari fakta dan kebenaran dalam hal ini,'' katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular