Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 5 Ogos 2011

MB Selangor mahu menghadap sultan

IMBAS: Tempat yang dipercayai telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor, semalam.



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda berhubung kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama malam Rabu lepas.

Abdul Khalid berkata, beliau kini menunggu laporan JAIS berhubung kejadian itu untuk dipersembahkan kepada baginda.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh untuk menghadap itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Besar berkata, tindakan selanjutnya bagi menyelesaikan kontroversi itu supaya tidak berulang lagi akan diambil selepas beliau menghadap Sultan Selangor.

Sehingga itu, beliau melarang semua Anggota Majlis Kerajaan Negeri Selangor membuat sebarang kenyataan berkenaan isu tersebut.

"Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut.

Kerajaan Negeri yakin rakyat Selangor tidak rasa terbela dengan kejadian tersebut,” kata Abdul Khalid.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Intrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Hassan Mohd Ali, dalam kenyataannya semalam berkata, pemeriksaan JAIS itu dilakukan ekoran maklumat menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di majlis yang diadakan di gereja itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular