Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Melayu/Islam S'pura bijak berbelanja, elak beli barang ansuran

Dr Yaacob mengedarkan 'Sampul Ramadan' yang mengandungi buku Program Bijak Belanja, buku mengenai Pekerjaan, DVD Ansuran dan sampul duit Raya di Geylang Serai semalam. Turut menemaninya ialah Dr Mohd Maliki (kiri) dan Cik Moliah (kiri, belakang).



SINGAPURA - MASYARAKAT Melayu/Islam perlu berhemat dan elak daripada membeli barangan secara ansuran kerana ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar, kata Menteri Penerangan, Perhubungan dan Kesenian, Dr Yaacob Ibrahim, semalam.

Selain memastikan perbelanjaan adalah mengikut kemampuan, keluarga Melayu/Islam juga perlu mengetepikan wang bagi pendidikan anak-anak mereka.

'Walaupun ekonomi kini mantap, namun masalah kewangan yang kini membelenggu Amerika Syarikat dan Eropah boleh memberi kesan kepada ekonomi Singapura. Sekiranya ini berlaku, pekerja Melayu/Islam akan juga terjejas.

'Lantas Mendaki mahu mengingatkan masyarakat kita agar berwaspada dalam menggunakan sumber kewangan yang ada, kita perlu melihat keperluan jangka panjang dan mengetepikan wang yang mencukupi untuk kemaslahatan keluarga seperti dalam bidang pendidikan,' jelasnya lagi.

Beliau berkata demikian sewaktu mengunjungi bazar Geylang Serai semalam dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang perlunya berjimat cermat di musim Lebaran ini.

Turut menemaninya ialah Mayor CDC Southeast, Dr Mohamad Maliki Osman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Moliah Hashim, dan beberapa kakitangan Mendaki.

Antara lain mereka mengagihkan kepada pegerai dan pengunjung bazar 1,500 'Sampul Ramadan' yang mengandungi buku Program Bijak Belanja, buku mengenai Pekerjaan, DVD bertajuk Ansuran dan sampul duit raya.

Antara lain DVD Ansuran itu bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang baik buruknya berbelanja secara ansuran.

Dr Yaacob, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata penghasilan DVD Ansuran itu sememangnya penting kerana masyarakat Melayu/Islam sering 'terpikat' dengan pelbagai tawaran yang menarik oleh syarikat swasta.

'Mengambil barangan secara ansuran sememangnya mudah tetapi sekiranya dihitung secara jangka panjang jumlah wang yang perlu dibelanjakan bagi barangan itu adalah jauh lebih tinggi. Anda perlu membuat perhitungan sendiri,' jelasnya lagi.

Semasa lawatan semalam, Dr Yaacob telah beramah mesra dengan ramai keluarga Melayu yang sibuk berbelanja di kawasan Geylang Serai.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular