Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 7 Ogos 2011

Mesyuarat Pas tamat tanpa keputusan



KUALA LUMPUR - Pas gagal membuat sebarang keputusan dalam isu JAIS dan Gereja setelah mesyuarat berjalan hampir tiga jam . Walaupun Dr Hassan Ali sebagai Exco Agama Islam memberi penjelasan berserta dengan bukti-bukti kukuh namun itu tidak memberi sebarang makna kepada Jawatankuasa Pas Pusat.

Khalid Samad pula memberi penjelasan yang menunjukkan JAIS menceroboh Gereja dan beliau meminta Dr Hassan Ali bertanggungjawab ke atas perbuatan JAIS. Beliau juga mahu Pas mengambil tindakan keras ke atas Dr Hassan Ali

Setelah mendengar penjelasan Khalid Samad dan Dr Hassan Ali akhirnya Hadi Awang membuat keputusan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi kononnya majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini.

Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Bercakap dalam sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, sebelum sebarang kesimpulan dibuat, mereka mesti adil dan mendengar penjelasan semua pihak yang berkenaan.

Pas Jawatankuasa Kerja Pusat yang bermesyuarat hari ini mendengar penjelasan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengenai apa yang berlaku.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular