Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 12 Ogos 2011

MPKj dilarang ambil alih bangunan MCA




SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan injunksi oleh MCA bagi menghalang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) daripada memasuki, menutup dan mengunci bangunan miliknya di Batu 11, Cheras dekat sini sehingga kes tersebut selesai.

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim juga membenarkan permohonan yang dibuat menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Kong Cho Ha supaya MPKj dilarang mengganggu dan menghalang hak milikan atau penggunaan bangunan tersebut.

Hakim Wan Afrah yang membuat keputusan di kamar beliau di sini turut mengarahkan MPKj memulangkan ketujuh-tujuh kunci bangunan tersebut yang didakwa ditukar selepas berlaku peralihan kuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Pada prosiding hari ini, MCA diwakili peguam Ringo Low manakala peguam-peguam, Lim Lip Eng dan Lewis Lim hadir mewakili MPKj.

Lip Eng ketika ditemui pemberita memaklumkan beliau akan berbincang dengan anak guamnya untuk mengetahui sama ada mereka berhasrat mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular