Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 6 Ogos 2011

PAS Pusat bincang isu JAIS serbu gereja DUMC esok

IMBAS: Tempat yang dipercayai telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor, semalam.



KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) akan membincangkan isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya Rabu lalu, pada mesyuaratnya esok.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Ali, berkata pada mesyuarat CWC itu, PAS Selangor akan membentangkan laporan berhubung isu itu serta mendapatkan penjelasan dari exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang juga anggota CWC.

"Kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga mendapat penjelasan daripada PAS Selangor," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mesyuarat itu akan diadakan di ibu pejabat PAS di sini jam 10 pagi.

Dr Hasan, Exco Hal Ehwal Islam Negeri, bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS menyerbu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) selepas mendapat maklumat terdapat kehadiran orang Islam pada majlis itu.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular