Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 10 Ogos 2011

Restoran mamak zon bebas rokok

RESTORAN mamak mungkin akan menjadi kawasan zon bebas rokok jika mendapat persetujuan ramai.




PUTRAJAYA – Selepas mewartakan 26 kawasan larangan merokok, Kementerian Kesihatan kini berhasrat untuk memperluaskan kawasan larangan tersebut terhadap premis makanan pula meliputi restoran-restoran mamak dan kedai-kedai kopi di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman berkata, pihaknya kini telah bersedia untuk melaksanakan penguatkuasaan itu sekiranya mendapat reaksi positif daripada semua lapisan masyarakat.

Katanya, orang awam perlu memberi restu kepada pihak kementerian untuk membolehkan kawasan terbabit diwartakan sebagai kawasan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 Subperaturan 11(1) - Tempat-tempat Larangan Merokok.

“Kita juga memerlukan maklum balas daripada persatuan-persatuan berkaitan bagi membolehkan pelaksanaan tersebut dijalankan serentak dengan kemahuan orang awam,” katanya pejabatnya di sini semalam.

Menurut beliau, berdasarkan peruntukan sedia ada, kementerian sentiasa mengalu-alukan pihak-pihak seperti syarikat dan pemilik kawasan-kawasan persendirian bekerjasama untuk mewujudkan zon larangan merokok.

“Ada banyak syarikat besar mahu penguatkuasaan zon larangan merokok dilaksanakan di tempat atau kawasan mereka dan kita amat mengalu-alukan hasrat syarikat-syarikat ini,” katanya.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular