Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 8 Ogos 2011

Siti Nurhaliza jamin produknya halal

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza bersama produk terbarunya iPad dan peranti Yes Huddle 4G sambil diperhatikan Pengarah Urusan YTL Corporation Bhd juga Pengerusi Eksekutif YTL Communications Sdn Bhd, Tan Sri (Dr.) Francis Yeoh di butik Yes, Lot 10, Kuala Lumpur.



KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, menjelaskan setiap produk yang dikeluarkan syarikatnya, SimplySiti Sdn Bhd, halal dan suci digunakan serta mematuhi semua prosedur yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Presiden SimplySiti Sdn Bhd itu juga meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh oleh dakwaan di laman sosial bahawa produk keluaran syarikatnya menggunakan berus yang dibuat daripada bulu babi.

Menyifatkan dakwaan itu sebagai cubaan menjatuhkan imej dan reputasi produk syarikatnya, Siti berkata pihaknya akan segera mendapatkan penjelasan Jakim bagi merungkai segala keraguan yang dibangkitkan pengguna jenama itu.

Siti berkata selama ini syarikatnya sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Jakim dalam memastikan semua penghasilan produk SimplySiti mematuhi prosedur yang ditetapkan sebelum diberi kelulusan halal.

‘Produk SimplySiti, termasuk berus tu, sudah mendapat pengesahan halal Jakim, malah tidak terbabit dengan dakwaan yang dibangkitkan dalam blog itu.

‘Kami menjamin produk SimplySiti adalah halal dan berus yang digunakan dalam produk kosmetik yang dipasarkan juga mematuhi piawaian halal seperti ditetapkan Jakim,’ katanya.

Penyanyi yang kembali hangat dengan lagu Falling In Love itu menambah produk SimplySiti melalui proses pemeriksaan dan siasatan terperinci Jakim.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular