Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 7 Ogos 2011

Tukar pemandu bas serta-merta



KUALA LUMPUR – Pemandu bas ekspres yang mempunyai rekod kesalahan jalan raya yang serius tidak akan dibenar membawa penumpang pada musim perayaan nanti dan mereka perlu ditukar dengan pemandu lain dengan serta-merta.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jika syarikat bas berkenaan gagal berbuat demikian, perjalanan bas ekspres terbabit tidak akan dibenarkan sama sekali dan pengusaha berdepan dengan tindakan tegas.

Antara kesalahan yang telah dikenal pasti ialah lesen tamat tempoh serta rekod melanggar peraturan jalan raya termasuk kesalahan memandu dengan laju.

“Saya tidak mahu tengok atau dengar lagi kejadian-kejadian yang tidak diingini sepanjang musim perayaan dan kita akan ambil tindakan tegas termasuk memastikan semua pemandu bas yang mempunyai rekod buruk tidak membawa penumpang,” katanya ketika semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular