Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 7 Ogos 2011

UPIN & IPIN dalam teater muzikal diIstana Budaya.

Para pelakon yang menghidupkan watak-watak dalam siri Upin Ipin.



KUALA LUMPUR - Siri animasi yang memulakan siaran sulung tahun 2006 UPIN & IPIN kini sudah mendapat peminat sendiri di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan beberapa negara Asia Tenggara yang lain setelah sayap siarannya dilebarkan oleh syarikat Les’Copaque menerusi Disney Channel Asia.

Berbekalkan kejayaan filem Geng: Pengembaraan Bermula yang mencapai kutipan tiket sebanyak RM6.3 juta selain aplikasi Pocket Ipin sebagai aplikasi berbayar sepuluh teratas untuk Malaysia’s Apple App Store, karakter comel itu akan diterjemahkan ke pentas muzikal menjelang awal tahun depan.

Menurut Penerbit Eksekutif Muzikal Upin & Ipin, Burhanuddin Md. Radzi yang merupakan Pengarah Urusan Les’Copaque Production Sdn. Bhd., keyakinan yang tinggi disandarkan menerusi pembikinan teater muzikal itu.

“Sudah tiba masanya untuk pihak kami mengambil bahagian untuk memeriahkan pentas teater tanah air dan saya pasti Upin & Ipin telah pun mencipta satu fenomena dan ada pengikutnya sendiri,” katanya yang bercadang mementaskan sebanyak 30 persembahan bagi menjamin peluang saksama dan kepuasan penonton yang hadir.

Tarikh sebenar pementasan teater muzikal berskala RM2 juta itu bagaimanapun masih dalam proses perbincangan dengan pihak Istana Budaya.

Muzikal Upin & Ipin itu turut mendapat kerjasama daripada penerbit teater muzikal ternama, CTRA Production yang berpengalaman menerbitkan 29 buah teater sepanjang 16 tahun berlegar di arena seni persembahan.

Menurut penerbit bersama Muzikal Upin & Ipin, Siti Rohayah Attan, naskhah itu adalah yang pertama kali dihasilkan di Malaysia melalui proses transformasi karakter animasi 3D ke dalam format persembahan bercirikan kostum yang pelbagai.

“Pertama kali produksi di Malaysia yang merealisasikan watak dalam sebuah siri animasi dan menggabungkan pelbagai maskot serta kostum daripada siri Upin & Ipin untuk berlakon, menyanyi dan menari di pentas agung Istana Budaya,” kata penerbit Muzikal Tun Mahathir dan Mak Dara Nyonya itu lagi ketika sidang akhbar Muzikal Upin & Ipin di Istana Budaya baru-baru ini.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular