Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Ahad, 12 Mei 2013

21 rakyat Malaysia di Singapura ditahan


SINGAPURA - Demonstrasi yang dilakukan oleh 21 rakyat Malaysia di Singapura pada Rabu lalu diadakan tanpa permit dan mereka yang secara sedar menganjurkan serta menyertai aktiviti haram itu perlu menanggung akibatnya.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md. Hussin Nayan memberitahu, rakyat Malaysia yang bekerja dan belajar di Singapura sepatutnya melihat kepada akibat yang bakal mereka tanggung jika terlibat dengan aktiviti haram.

Md. Hussin berkata, rakyat Malaysia perlu belajar untuk menghargai aspek-aspek positif kehidupan di negara tuan rumah dan kembali untuk menyumbang kepada proses penyatuan nasional di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

"Reaksi ekstremis dan emosional tidak ada tempat dalam usaha pembinaan negara Malaysia yang stabil, makmur dan aman," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penahanan 21 rakyat Malaysia oleh polis Singapura di republik ini pada Rabu lalu kerana menyertai demonstrasi haram.

Menurut laporan media, polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia selepas mereka didapati mengadakan protes di Merlion Park di sini.

Penahanan itu dibuat selepas amaran dikeluarkan terhadap sembilan rakyat Malaysia kerana terlibat secara aktif dalam perhimpunan haram di Merlion Park apabila sekumpulan kira-kira 100 orang berhimpun untuk memprotes keputusan pilihan raya umum baru-baru ini di Malaysia.

Penganjur demonstrasi haram boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai protes haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga s$5,000 (RM12,057).

Polis Singapura sebelum ini menegaskan, perhimpunan seumpama itu adalah melanggar undang-undang Singapura, dan rakyat asing yang dibenarkan bekerja atau tinggal di negara ini perlu mematuhi undang-undang republik itu.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular