Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 13 Mei 2013

Diugut siar gambar bogel


KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan dipercayai menjadi mangsa sindiket yang mengaut keuntungan segera dengan cara mengugut menyiarkan gambar ‘bogel’ mangsa di laman sosial.

Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, lelaki berusia 26 tahun itu berkenalan dengan seorang ‘wanita’ di sebuah laman sosial Jumaat lalu.

“Hasrat mangsa menambah kenalan di laman sosial adalah kerana mahu memperluaskan peluang perniagaannya.

"Sindiket berkenaan dipercayai mengubah suai gambar milik mangsa menggunakan teknik ‘super imposed’ bersama gambar tubuh badan yang mengghairahkan,” katanya.

Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai turut mengugut mangsa supaya membayar sejumlah RM4,000 untuk mengelak daripada gambar ‘bogelnya’ tersebar di laman sosial.

“Mangsa yang berasal dari ibu kota itu segera membuat laporan di balai polis berhampiran, sebelum meminta bantuan Biro Pengaduan Awam MCA bagi membersihkan namanya,” katanya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular