Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 31 Mei 2013

Seniwati Latifah Omar belum sedar lepas bedah ulser


KUALA LUMPUR - “Sudah lebih 30 jam, emak belum sedar lagi. Sebaik dibawa ke sini dan menjalani pembedahan, emak memang tidak sedar dan saya sendiri tidak pasti bilakah emak akan sedar kembali ,” kata Affendi Rahmat, 55, mengenai keadaan terkini ibunya, seniwati Latifah Omar (gambar), 74, yang kini masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini.

Menurut Affendi, ibunya yang mengalami penyakit ulser usus mengadu sakit dan muntah pada pagi Khamis selepas Subuh, sebelum keluarga membawanya ke Pusat Perubatan Kampung Baru. Melihat keadaan agak kronik, Latifah dimasukkan ke dalam ambulans untuk menerima rawatan di HUKM pada pagi itu juga.

Setibanya di HUKM, Latifah ditempatkan di ICU seterusnya menjalani pembedahan pada malam itu hingga berakhir pada jam 1.45 pagi.

“Pembedahan mengambil masa empat jam dan saya difahamkan banyak juga bahagian usus mak terpaksa dibuang. Penyakit ulser usus mak sudah lama dan ia membengkak dan menjadi keras, sebab itulah apa yang dimakan akan dimuntah kembali,” katanya.

Latifah Omar mula menceburi lakonan pada usia 16 tahun melalui filem Panggilan Pulau pada 1954 di samping Tan Sri P Ramlee. Bakat seni semula jadi dan seraut wajah keMelayuan asli ada padanya membolehkan Latifah terus menggilap nama sebagai primadona filem Melayu. Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad ketika aktif membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973. Menurut Affendi, tidak ramai rakan artis seangkatan ibunya malah pihak Seniman juga tidak diberitahu mengenai keadaan terkini ibunya itu.(metro)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular