Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 17 Mei 2013

Saiful Bukhari nikah 25 Mei ini


Saiful Bukhari Azlan, Nik Suriani Megat Deraman.

SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan hari ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suriani Megat Deraman.

“Ya, berita itu benar,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Majlis perkahwinan bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan.

Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya mengenai usia perkenalan pasangan ini, Nik Suriani berkata, kedua-duanya sudah saling mengenali sejak dua tahun lalu.

“Kami bertunang pada 20 Oktober lalu,” jawabnya ringkas.

Saiful sebelum ini juga pernah bertunang dengan pembaca berita BernamaTv, Janna Syariza Mohd Zaki, namun pertunangan itu putus sekitar tiga tahun lalu.

Selain itu, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim ini telah membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan pada 2008 dan mengakui bahawa dia telah diliwat oleh Anwar.

Beliau kemudiannya mengulangi sumpah tersebut di hadapan Kaabah dan rakaman video itu didedahkan baru-baru ini.

Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara Kuala Lumpur antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular