Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 3 Mei 2013

'Saya sudi maafkan bapa'- Saiful Bukhari


 Saiful Bukhari bersama peguam peribadinya ketika sidang media di Hotel The Club, Bandar Utama semalam.

BANDAR UTAMA - “Pagi semalam (Rabu) sebelum bapa  membuat kenyataan di media, bapa telefon dan terus memohon maaf pada saya. Saya bersyukur pada ALLAH, kerana selama dua bulan saya bersabar dan terus berdoa agar bapa mendapat hidayah,”  luah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang sudi memaafkan bapanya dalam satu sidang media di Hotel The Club, Bandar Utama semalam.

Saiful yang kelihatan tenang sepanjang sidang media berlangsung, menegaskan beliau akan terus konsisten dapatkan keadilan bagi dirinya dalam kes diliwat bekas majikannya.

Beliau turut mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat di depan pintu Kaabah. Beliau menayangkan klip video yang direkodkan di Makkah menunjukkan beliau melafazkan sumpah laknat buat kali kedua yang dilakukan pada April tahun lepas semasa mengerjakan Umrah.

“Selepas sahaja solat fardu Zohor, saya terus ke kawasan Pintu Kaabah, lalu melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Selepas saya melafazkan sumpah laknat itu, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban dipikul. Saya yakin lafaz sumpah di hadapan Baitullah ini bukanlah sesuatu boleh dipermainkan,” katanya.

Menurutnya, rakaman sumpah laknat itu adalah untuk rekod peribadinya, namun demi menjaga maruah dan nama baik seluruh keluarganya beliau mengambil keputusan untuk disiarkan kepada media.

“Secara jujur, saya amat tertekan setelah bapa saya membuat tuduhantidak benar, memohon maaf pada Anwar Ibrahim pada Mac lepas. Namun semalam (kelmarin), apabila bapa saya tarik semula tuduhan beliau, saya percaya ia boleh kelirukan semua dan timbulkan banyak persoalan.

“Oleh sebab itu, saya ambil keputusan siarkan rakaman sumpah laknat ini bagi membersihkan nama saya dan keluarga dari apa jua tohmahan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Kelmarin Azlan Mat Lazim, 60, bapa kepada Saiful menarik balik kenyataan Mac lepas dan mengatakan dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah satu konspirasi politik tetapi kejadian itu benar-benar menimpa anaknya.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular