Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Rabu, 8 Mei 2013

Sultan ada kuasa tentukan MB

RAJA NAZRIN SHAH (kiri) menyampaikan surat cara pelantikan sebagai Menteri Besar Perak kepada Zambry di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

KUALA LUMPUR – Sultan mempunyai kuasa budi bicara mutlak dalam menentukan pelantikan individu yang layak menjadi Menteri Besar di sesebuah negeri.

Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang memberitahu, Sultan mempunyai kuasa mutlak dalam dua perkara dan boleh membuat keputusan tanpa perlu nasihat iaitu yang pertama dalam hal pemilihan Menteri Besar dan kedua, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Dalam membuat keputusan menyentuh kedua-dua perkara itu, Sultan tidak perlu bertindak atas nasihat sesiapa,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai isu pelantikan Menteri Besar di Selangor yang tertangguh ekoran prestasi memberangsangkan parti Pas dalam Pilihan Raya Umum ke-13. Pas memenangi sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding 14 kerusi dimenangi PKR.

Walaupun Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR disebut-sebut akan dilantik semula sebagai Menteri Besar, namun timbul juga nama calon lain termasuk Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman.

Salleh menjelaskan, Sultan bagaimanapun tidak boleh memilih siapa yang disukai baginda untuk menjadi Menteri Besar kerana ia boleh ditafsir sebagai mencampuri urusan politik negeri.

“Kalau dalam kes Selangor, dua parti iaitu Pas dan PKR boleh mencadangkan nama calon yang sesuai dan jika ditolak, mereka mesti mencadangkan nama lain,” katanya.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular