Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Sabtu, 4 Mei 2013

Jehan Miskin selamat diijabkabulkan


KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Jehan Miskin selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada satu majlis ringkas di Carcosa Seri Negara di sini semalam.

Jehan yang pada mulanya bimbang mengenai majlis tersebut mungkin terganggu jika ketiadaan jurunikah kerana diadakan sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bagaimanapun menarik nafas lega kerana majlis pernikahannya berjalan seperti yang dirancang.

Jehan dan Julie dinikahkan pada pukul 2.40 petang oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd. Sahirman Ahmad.

“Pada mulanya, saya bimbang sebab sukar untuk mendapatkan khidmat jurunikah kerana banyak pihak balik kampung mengundi atau berkempen tetapi syukur semuanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui semalam.

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular