Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Isnin, 6 Mei 2013

BN kekal kerajaan pusat, kuasai 133 kerusi



KUALA LUMPUR-Barisan Nasional (BN) berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen setakat jam 3.20 pagi tadi (6 Mei).

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen - menambah sembilan kerusi berbanding lima tahun lalu.

Daripada 89 kerusi itu, Pas memperoleh 21 kerusi, PKR (30) manakala DAP 38.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pada jam 12.50 pagi tadi, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN memperoleh 112 kerusi iaitu majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN memperoleh 140 kerusi manakala PR (yang hanya dibentuk selepas 8 Mac 2008), menguasai 82 kerusi.(sh)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular