Nuffnang Ads

SAJIAN KAMI

BERITA-BERITA KASUS JENAYAH SEKSUAL DAN BERITA-BERITA SEMASA..

Jumaat, 10 Mei 2013

Jawatan MB Selangor bukan milik mutlak PKR

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor menegaskan bahawa tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan Menteri Besar Selangor mesti diperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) jika gabungan parti Pas, PKR dan DAP memerintah negeri itu.

Justeru, Timbalan Ketuanya, Mohd. Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR Selangor, termasuk Pengerusi PKR negeri, Mohamed Azmin Ali agar tidak melatah sebaliknya perlu ‘cermin diri dan sedar diri’ sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

“Dewan Pemuda Pas negeri Selangor menganggap kenyataan Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita PKR) dan Shuhaimi Shafiei (Ketua Penerangan PKR negeri) yang menekankan bahawa kerusi Menteri Besar Selangor adalah kerusi tetap PKR ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri sendiri.

“Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) Selangor melebihi Pas dan DAP,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pada pilihan raya umum Ahad lalu, Pakatan Rakyat memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di Selangor dengan Pas dan DAP masing-masing memenangi 15 kerusi, manakala PKR mendapat 14 kerusi.

Mohd. Sany berharap pimpinan Pakatan Rakyat Selangor akan menyelesaikan isu pelantikan menteri besar dalam masa terdekat dan pihaknya akan menghormati keputusan itu.

Khamis lalu, Zuraida menerusi portal berita Antarapos mengeluarkan kenyataan meminta pihak parti Pas dan DAP supaya tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak-pihak tertentu kerana jawatan tersebut milik PKR.

Sementara itu, Pas Selangor menegaskan jawatan Menteri Besar bukan hak milik mutlak PKR, sebaliknya keputusan pemilihan siapa yang layak menduduki kerusi nombor satu kepimpinan negeri itu diputuskan bersama dalam Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman berkata, selepas Pakatan Rakyat memenangi kerusi DUN Selangor pada pilihan raya umum lalu, Pas dan DAP bersetuju menyerahkan jawatan itu kepada calon PKR.

Justeru, katanya, kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang mendakwa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak milik PKR adalah tidak benar.

“Bila pula jawatan Menteri Besar Selangor hak milik PKR yang menang 14 kerusi DUN? Keputusan siapa untuk mengisi jawatan itu adalah keputusan bersama di antara PKR, DAP dan Pas,” katanya ketika dihubungi semalam.(kosmo)

PENCARIAN DIBLOG INI

Arkib Blog

Anda juga perlu baca

Related Posts with Thumbnails

Pengikut

Test for your internet speed

Ads

Catatan Popular